Rumah Musnah 95 Peratus Dalam Kebakaran Di Kg Merinding

1225
Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan api yang membakar 95 peratus rumah kayu berkenaan. – Gambar ihsan BOMBA Labuan

Oleh SURAIDAH ROSLAN
LABUAN: Sebuah rumah musnah 95 peratus dalam kebaran yang berlaku di Kampung Merinding berhadapan Kolej Matrikulasi Labuan, di sini hari ini (Rabu).

Ketua Balai Bomba & Penyelamat Layangan Mohd Azman Awang berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 1.35 petang dan dua jentera bomba dari BBP Layangan dan BBP Kg Jawa dikejarkan ke lokasi kejadian.

Operasi memadamkan kebakaran yang disertai oleh seramai 11 orang anggota bomba itu bermula 1.46 petang.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kebakaran berkenaan.

Kelihatan api sedang merebak memusnahkan rumah kayu di Kg Merinding.