Rumah Dihempap Pokok Tumbang Di Kampung Kokos

LAHAD DATU: Sebuah keluarga dikejutkan dengan kejadian pokok tumbang yang menghempap sebuah rumah di Jalan Segama Kampung Kokos, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.50 petang dan sepasukan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, sebuah rumah jenis tidak kekal dihempap pokok dan menyebabkan kerosakan 30 peratus.

Maka, pasukan bomba menjalankan operasi memotong dahan pokok mengunakan gergaji berantai dan dialihkan.

Operasi ditamatkan pada jam 4.45 petang.