ROS Minta Beberapa Pindaan Untuk Pendaftaran PEJUANG

Oleh AZIS KHAN
KUALA LUMPUR: Pendaftaran parti PEJUANG masih belum berjaya berikutan beberapa pindaan perlu dilakukan seperti diminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Perkara tersebut disahkan Setiausaha Agung Jawatankuasa Penubuhan PEJUANG, Datuk Amiruddin Hamzah dalam satu kenyataan hari ini.

“Saya telah dimaklumkan mengenai beberapa pindaan yang perlu dibuat keatas permohonan pendaftaran PEJUANG yang telah diserahkan kepada ROS pada 19.8.2020.

“Pindaan-pindaan tersebut adalah berkaitan isu-isu teknikal kecil yang akan  dilakukan dengan kadar segera,” katanya.

Amiruddin berkata, beliau yakin PEJUANG akan segera mendapat kelulusan setelah pindaan tersebut dilakukan.