RON97 Naik 5 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

KOTA KINABALU: Harga jualan runcit petrol RON95 kekal untuk minggu ini iaitu RM2.08 seliter manakala bagi RON97 harga jualan naik lima sen iaitu daripada RM2.43 seliter kepada RM2.46 seliter.

Harga diesel pula kekal RM2.18 seliter.

Harga terbaru yang diumumkan Kementerian Kewangan ini akan mula berkuatkuasa tengah malam ini.

Kementerian Kewangan berkata berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh 9 hingga 15 Mac ini sepatutnya RM2.15 dan RM2.38 seliter.

“Namun harga runcit dua produk itu dikekalkan berikutan keputusan jemaah menteri untuk menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum demi mengurangkan bebanan kewangan rakyat,” katanya.

Keputusan itu ditetapkan pada mesyuarat kabinet pada 27 Februari lalu.