Rogol Gadis Tingkatan Satu Di Labuan; Teman Lelaki, Bapa Saudara Ditahan Polis

Supt Adzhar
Supt Adzhar

LABUAN – Polis menahan teman lelaki dan bapa saudara seorang pelajar Tingkatan Satu selepas ibu remaja perempuan itu membuat laporan polis mendakwa anaknya itu telah dirogol.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata teman lelaki berumur 17 tahun dan bapa saudara berumur 30 tahun itu, masing-masing ditahan pada Isnin dan Selasa selepas ibu remaja perempuan itu membuat laporan pada Isnin.

Jika disabitkan kesalahan merogol seseorang berumur 16 tahun ke bawah mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Di Mahkamah Persekutuan di KOTA KINABALU kelmarin, hukuman penjara seumur hidup dan enam sebatan terhadap seorang bekas polis, atas kesalahan mengedar senjata api milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikekalkan oleh panel Hakim.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Datuk Zulkifli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, dan tiga korum Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahamd Maarop, Tan Sri Hasan Lah dan Datuk Balia Hj Wahi membuat keputusan itu terhadap Ignatius James, 37.

Dalam penghakiman itu, mahkamah menyatakan sabitan ke atas perayu adalah selamat dan rayuan diketepikan.

Pada 29 Julai 2011, Ignatius dijatuhkan hukuman itu selepas didapati bersalah oleh hakim Mahkamah Tinggi, selepas di peringkat akhir pembelaan.