Rogol Adik, Lelaki Ditahan : Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 31 October 2019

204
Bersama Reetasha Joanes Mijol.
  • Lelaki ditahan, rogol adik kandung sejak 3 tahun lalu di Tenom.
  • Remaja perempuan yang bergaduh di Lahad Datu, akan diberikan kaunseling.
  • Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman terkejut dengan kenyataan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah, PBS, Datuk Johnny Mositun yang mempunyai persepsi negatif berhubung kampung yang belum diwartakan dan kampung setinggan di Sepanggar. Sedangkan hakikatnya, majoriti penduduk di 18 kampung setinggan yang belum diwartakan di kawasan Parlimen Sepanggar terdiri daripada masyarakat Kadazan Dusun yang memerlukan bantuan kerajaan.
  • Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah mengingatkan penjawat awam untuk sentiasa mematuhi undang undang dan peraturan bagi memastikan mereka berkhidmat kepada rakyat dengan efektif. Menterinya, Datuk Dr Yusof Yacob berkata kementeriannya menyerahkan kepada bidang kuasa SPRM untuk mengambil tindakan dan menyiasat kakitangan awam jika didapati terlibat rasuah.
  • Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu, Datuk Limus Jury berkata, peranan majlis pengurusan komuniti kampung, MPKK bukan sekadar membangunkan kampung, namun MPKK juga perlu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa untuk menangani masalah gejala sosial dan penyalahgunaan dadah, termasuk di Kuala Penyu dan daerah kecil Menumbok.
  • 1/3 daripada 1.6 juta penjawat awam di negara ini berdepan masalah stres, berpunca pelbagai faktor termasuk masalah gaji dan kewangan yang tidak mencukupi. Sehubungan itu kerajaan digesa mewujudkan dasar pengurusan stres bagi membantu kakitangan awam yang menghadapi tekanan melampau di tempat kerja – Cuepacs.
  • Koperasi SMK Tansau, Putatan, adalah koperasi sekolah yang pertama di Sabah dan antara 8 di negara ini yang berjaya mencatatkan perolehan melebihi RM1 juta.