RM3 Juta Untuk Bina Litar Permotoran Antarabangsa Labuan

2253
ROZMAN ISLI

LABUAN: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi melaksanakan projek pembinaan Litar Permotoran Antarabangsa di wilayah ini.

Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli berkata, peruntukan tersebut melibatkan projek pembinaan litar yang akan dimulakan dalam masa terdekat.

“Secara keseluruhan projek ini melibatkan peruntukan sebanyak RM7 juta, tetapi untuk fasa pertama diluluskan sebanyak RM3 juta sahaja melibatkan kerja-kerja pembinaan litar.

“Bakinya pula diharapkan dapat disalurkan pada tahun depan untuk pembinaan kemudahan lain termasuk ruang untuk penonton, podium dan ruangan rawatan,” katanya ketika berucap dalam majlis Perasmian Pecah Tanah di sini hari Sabtu.

Majlis itu dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Adnan Md Ikshan; Presiden Perbadanan Putrajaya, Hasim Ismail; Pengarah Eksekutif Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mohd Mustafa Mohd dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kesejahteraan Bandar, Dr Mustapha Ahmad Merican. – Fauzi Suhaimi/UTUSAN ONLINE

BACA LAGI DISINI: –

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rm3-juta-untuk-bina-litar-permotoran-antarabangsa-labuan-1.606407