Ribut Tropika Nakri : Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 8 November 2019

76

Bersama Beverly Anastacia Lim.

* 90 kampung akan diwartakan, dikeluarkan dari status hutan simpan bagi membolehkan penduduknya menjalani kehidupan biasa seperti mengusahakan tanah untuk pertanian, sebagaimana di kampung lain.

* Ribut Tropika Nakri dijangka landa perairan Sabah.

* Hujan lebat sejak beberapa hari lalu berikutan Monsun Timur Laut menyebabkan beberapa kawasan di daerah Beaufort mula ditenggelami air sejak pagi ini. 11 kampung dilanda banjir manakala 8 keluarga telah dipindahkan di satu pusat penempatan sementara di dewan serbaguna Selagon.

* Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah menyediakan peruntukan khas dalam bajet negeri 2020, untuk menaiktaraf jalan pelancongan luar bandar yang diusahakan penduduk kampung, bermula tahun depan.

* Galleria Artisan, milik kumpulan Yayasan Sabah, menjadi medan kepada usahawan kraftangan di sabah untuk memasarkan produk mereka, sekaligus membantu meningkatkan lagi pendapatan golongan itu.

* 6 nelayan Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Sandakan

kerana disyaki menceroboh dan merompak hasil laut negara.

* 3 aktiviti penyeludupan minyak petrol berjaya dilumpuhkan Pasukan Polis Marin, PPM di kampung Kuala Bibing, Semporna, kelmarin.