Reman Suspek Bunuh Gajah Bornean Disambung

Oleh ARDYHANSAH AMAT
TAWAU: Reman ke atas semua enam suspek utama yang disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam seekor gajah Bornean di Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan dekat sini, 23 September lalu, disambung dua hari lagi, sehingga Selasa ini.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau Assiten Komisioner Peter Umbuas berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tempoh reman suspek berusia antara 48 hingga 68 tahun itu, yang tamat hari ini.

“Ia bagi membolehkan siasatan diteruskan selari dengan siasatan Jabatan Hidupan Liar atas kesalahan pemburuan dan pembunuhan haiwan yang dilindungi,” katanya.

Rabu lalu, suspek yang terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang warga asing itu berjaya ditahan dalam Operasi Khazanah hasil maklumat awam.

Siasatan dibawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, Seksyen 25(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

BERITA BERKAITAN :-

Enam Suspek Bunuh Gajah Di Tawau Ditahan Reman Empat Hari

Pembunuh Gajah Tidak Sempat Merasa Hasil Jualan Gading

Tiga Laras Bekakuk, 6 Suspek Bunuh Gajah Ditahan

Polis Tahan 4 Suspek Pembunuh Gajah Bornean