Reformasi Undang-Undang Malaysia, UK Sedia Membantu

660
SEDIA MEMBANTU – Liew (dua dari kiri) ketika dalam pertemuan bersama Gauke (tiga dari kanan) dalam lawatan kerja di London. Turut kelihatan Charles Hay (kanan) Martin (kiri) dan Benedict (dua dari kanan).

LONDON: United Kingdom (UK) menyatakan kesediaan untuk membantu dan bekerjasama dengan Malaysia dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelbagai reformasi undang-undang yang sedang diusahakan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong berkata, Setiausaha Negara untuk Kehakiman dan selaku Tuan Chancellor Yang di-Pertua David Gauke turut menyatakan kesediaan untuk memberikan sokongan dalam memastikan usaha Malaysia untuk memansuhkan hukuman mati, akta berkaitan hasutan dan akta-akta lain berjalan dengan baik.

Liew, dalam pertemuan ketika lawatan kerja kelmarin itu juga turut mendapat perkongsian daripada Gauke yang juga merangkap Ahli Parlimen South West Hertfordshire, berkenaan pengalaman UK berkaitan pemansuhan hukuman mati, selain tentang penubuhan suruhanjaya undang-undang dan peranannya terhadap UK sendiri.

Turut hadir dalam pertemuan bermakna itu ialah Pesuruhjaya UK yang baharu ke Malaysia HE Charles Hay, Setiausaha Politik Menteri Udang-Undang (Malaysia) Martin Tommy, dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Undang-Undang (Malaysia) Benedict Mansul.