Empangan Papar; Rancangan Rapi Diperlukan Sebelum Keputusan Akhir

Group photo team KPD dan team Adun Moyog dgn pelajar2 SK Buayan

Oleh EDDIE ANGAT
PENAMPANG: Satu perancangan rapi jangka panjang perlu dirangka sebelum membuat keputusan terakhir bagi pembinaan empangan Papar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog Jenifer Lasimbang berkata, masih terdapat ruang untuk duduk berbincang mengenai pembinaan empangan itu yang dahulunya dikenali sebagai empangan Kaiduan.

“Selaku wakil rakyat di sini, saya masih perlu dengar pendapat dan luahan rakyat yang mungkin terjejas akibat pembinaan empangan itu.

“Kita juga mesti terus kaji dan berbincang secara terbuka adakah pembinaan empangan itu adalah cara terakhir bagi membekalkan air bersih kepada penduduk,” katanya selepas mengadakan Program Kemasyarakatan bersama Koperasi Pembangunan Desa (KPD) di Kg Buayan baru-baru ini.

Penanaman 10 bibit kelapa pandan sumbangan KPD

Beliau berkata, masalah utama terkini yang melibatkan bekalan air adalah seperti yang dinyatakan pengarah jabatan air iaitu masalah kecurian dan kebocoran saluran paip.

Katanya, Non Revenue Water (NRW) masih sangat tinggi akibat daripada itu dan satu usaha penyelarasan pembekalan air perlu dilakukan.

“Kebanyakan kampung di sekitar Penampang masih bergantung kepada mata air graviti, kita juga perlu menjaga tadahan air. Contohnya kampung Buayan mempunyai sistem mini hidro dan telah menjaga tadahan air dengan baik.

“Ianya cukup bagi membekalkan air dan juga menjana bekalan elektrik di kampung ini,” katanya.

Gotong-royong mengecat rumah Katekis Julius

Bagaimanapun katanya, isu pengurusan dan pembekalan air sekiranya tidak ditangani secara baik, masalah air akan sentiasa membelenggu masyarakat.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi berkata, pejabatnya dan Parlimen Penampang kini sedang bertungkus lumus membekalkan bekalan air kepada penduduk yang terjejas akibat musim kemarau ini.

Group photo selepas mengecat bangunan E Buayan

Dalam pada itu, Jenifer juga berterima kasih kepada KPD kerana memberikan sumbangan seperti pembaikian sistem air graviti di Sekolah Kebangsaan Buayan serta kerja amal lain yang dilakukan dalam kampung itu.