Rakyat Perlu Bangga Dengan Batik Malaysia – Musa Aman

882
Pengerusi Sabah Tourism Board, Joniston Bangkuai, tiga dari kanan, memberi ulasan kepada Musa di gerai Seri Pelancongan Sabah di Viva Batik Festival @ Oceanus. Turut hadir, Abdullah Badawi, kanan.
Pengerusi Sabah Tourism Board, Joniston Bangkuai, tiga dari kanan, memberi taklimat kepada Musa di gerai Seri Pelancongan Sabah di Viva Batik Festival @ Oceanus. Turut hadir, Abdullah Badawi, kanan.

KOTA KINABALU – Rakyat Malaysia harus menanam perasaan bangga terhadap batik tempatan yang mempunyai kecantikan dan keunikan tersendiri, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

“Kita seharusnya berbangga dengan keupayaan usahawan batik kita yang mampu menghasilkan pelbagai produk batik yang mempunyai nilai estetika, berkualiti dan praktikal.

“Oleh itu, setiap sektor perlu bekerjasama dalam memastikan industri batik terus kukuh seiring pembangunan negara dan tidak hilang ditelan zaman,” katanya ketika merasmikan Festival Viva Batik anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia, di sini Isnin.

Bagi meningkatkan permintaan terhadap industri batik, Musa berkata pengusaha perlu menghasilkan produk dan corak batik yang kreatif, berinovasi dan berkualiti tinggi secara konsisten supaya industri itu terus kukuh dan mampu berdaya saing.

Pada majlis itu, Pengerusi Waterfront Urban Development Sdn Bhd Datuk Abdul Ghani Rashid menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada pengerusi yayasan berkenaan Nori Abdullah.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga penaung Yayasan Budi Penyayang Malaysia.