Rakyat Dijemput Hadir Rumah Terbuka Raya Di Menara Tun Mustapha

126

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Rakyat daripada pelbagai lapisan bangsa dan agama dijemput hadir beramai-ramai ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kerajaan negeri yang akan diadakan di pekarangan Menara Tun Mustapha Ahad ini (Jun 09, 2019).

Jabatan Ketua Menteri dalam satu kenyataan berkata, majlis bermula 10 pagi hingga 1 petang itu akan dihadiri semua pemimpin kerajaan dan wakil rakyat untuk beramah mesra dengan masyarakat yang hadir.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersama isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Turut bersama menceriakan sambutan Syawal itu adalah Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni.

Pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan bagi menjamu selera setiap setiap pengunjung yang hadir.