Ragut Pelancong Asing, Lelaki Warga Tempatan Ditangkap Orang Awam

112
Gambar hiasan.

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA KINABALU: Jeritan pelancong warga China yang menjadi mangsa ragut meminta bantuan membolehkan kesemua barangan termasuk pasport antarabangsa miliknya ditemui semula.

Pelancong warga China itu menjerit meminta bantuan apabila beg tangan miliknya diragut dari belakang oleh seorang lelaki ketika berada di kawasan perhentian bas berhampiran perpustakaan lama, Jalan Gaya. Jeritan mangsa berjaya menarik perhatian orang awam yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian.

Orang awam iaiu seorang lelaki warga Indonesia membantu mengejar suspek dan menangkapnya untuk mendapatkan semula barangan milik mangsa. Kesemua barangan mangsa selamat ditemui.

Suspek warga tempatan berusia 23 tahun itu ditangkap dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Suspek ditahan reman sehingga 14 Jun untuk siasatan lanjut.