Putatan Dilanda Banjir Kilat

Oleh JENNIFER TUGUNG MICHAEL
PUTATAN: Hujan lebat berterusan sejak pagi tadi menyebabkan beberapa lokasi di sekitar Putatan dilanda banjir kilat.

Berdasarkan gambar yang tular di laman Facebook, laluan di sekitar kawasan pekan Putatan dinaiki air menyebabkan beberapa kenderaan hampir tenggelam.

Beberapa premis kedai juga dilaporkan dimasuki air berikutan hujan renyai-renyai yang bertukar lebat sejak petang tadi.

Kedalaman air banjir hampir mencecah paras lutut dan beberapa netizen yang memberikan komen di gambar  tersebut mengesahkan kawasan perumahan dan perkampungan mereka turut dinaiki air.