Pulau Banggi Bergelap; Enjin Janakuasa SESB Alami Kerosakan

Generator yang rosak.

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KUDAT: Kegagalan dua enjin janakuasa Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berfungsi menyebabkan beberapa kampung di kepulauan Banggi bergelap sejak dua hari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Banggi Mohammad Mohamarin berkata, semasa meninjau keadaan di kepulauan itu rata-rata penduduk melahirkan keluhan kerana ketiadaan bekalan elektrik hingga menjejaskan aktiviti harian mereka.

MOHAMMAD MOHAMARIN

Katanya, dua daripada enjin janakuasa SESB untuk membekalkan tenaga elektrik di Pulau Banggi mengalami kerosakan teruk dan satu ‘overhaul’.

Dengan kerosakan yang berlaku, penduduk terpaksa bergantung kepada satu sahaja enjin untuk membekalkan tenaga elektrik dengan kapasiti sebanyak 400 mw.

Bagaimanapun, pihak SESB sedang memperbaiki kerosakan yang berlaku secepat mungkin agar penduduk di kepulauan itu tidak lagi terbeban dengan masalah ketiadaan bekalan elektrik.

Mohammad berkata, beliau akan cuba memohon enjin SESB tambahan bagi membolehkan lebih banyak kampung mendapat bekalan elektrik.

“Pada masa ini hanya separuh sahaja kampung di kepulauan ini yang mendapat bekalan elektrik. Saya berharap jika ada peruntukan diberikan, kita akan tambah jumlah enjin SESB untuk bekalkan tenaga elektrik bagi keseluruhan pulau ini,” jelasnya.

Pulau Banggi mempunyai lebih kurang 22,000 penduduk