PSS Ganti IMM13 : Berita BTtv – 6 September 2019

Bersama Reetasha Joanes Mijol.
  • Bermula 1 Jun tahun hadapan, kementerian dalam negeri akan mengeluarkan pas sementara Sabah, PSS bagi menggantikan kad pendaftaran orang asing khas, IMM 13, kad burung burung dan sijil bancian yang kini dipegang oleh warga asing di Sabah sejak sekian lama. PSS dilengkapi maklumat biometrik setiap pemegangnya termasuk gambar dan cap jari – menteri dalam negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • Pengeluaran PSS bukti kerajaan serius menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah dan
    membantu menyelaraskan keperluan buruh asing di Sabah khususnya di sektor perladangan yang berdepan masalah kekurangan tenaga kerja sehingga menjejaskan hasil perladangan – ketua menteri.
  • Pemeriksaan keselamatan di 3 lapangan terbang di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan akan dipertingkatkan melalui penambahan peralatan lebih canggih untuk mengelakkan pergerakan keluar masuk anasir tidak diingini termasuk individu yang menggunakan dokumen palsu. Langkah ini berikutan pertambahan bilangan pelancong yang berkunjung ke Sabah.
  • Industri pembuatan gong yang sinonim dengan daerah Matunggong, dimajukan ke peringkat lebih tinggi.-
  • UMS mahu menjana graduan lebih berkualiti yang menepati keperluan industri masa kini.
  • Hanya kerana sering meminjam peralatan dapur untuk memasak, seorang lelaki ditikam sehingga mati oleh jiran serumahnya, seorang warga emas berusia 87 tahun.
  • Seorang lelaki dicekup selepas cuba memberi wang sogokan RM5000 kepada anggota PGA di Kalabakan, sebagai dorongan untuk membebaskan 3 lelaki dan seorang wanita yang ditahan bersama 93.80 gram syabu di sebuah rumah yang dijadikan “port” dadah.