PRU15: Penyandang Rozman Isli Berhadapan Saingan Enam Penjuru, Pertahan Kerusi Parlimen Labuan

LABUAN: Kerusi Parlimen Labuan menyaksikan persaingan enam penjuru melibatkan tiga bekas rakan-rakan dalam Umno, manakala tiga lain muka baharu pada Pilihan Raya Umum (PRU15) Labuan.

Saingan itu antara penyandang, ketua bahagian Parti Warisan Labuan Datuk Rozman Isli yang ditentang calon Barisan Nasional (BN-Umno) Datuk Bashir Alias dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Perikatan Nasional-Parti Pribumi Bersatu Malaysia [Bersatu].

Tiga yang lain turut serta dalam persaingan itu mewakili Pakatan Harapan (PH), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) masing-masing mencalonkan Datuk Dr Ramli Tahir (ketua bahagian Parti Amanah Labuan); Dayang Rusimah @ Raynie Datuk Mohd Din (ketua bahagian PBM Labuan) dan Datuk Seri Ramle Mat Daly yang merupakan presiden Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia (PSBM).

Pengumuman pencalonan dibuat oleh pengurus pilihanraya Labuan Yusup Mohamad sebaik kertas penamaan calon ditutup tepat pukul 10 pagi tadi.

Labuan kini mempunyai 44, 484 pengundi berbanding 28,356 pada PRU14.