PRU14: Walau Dituduh Pengkhianat Oleh Pairin, Justin Maaf Abang Iparnya

JUSTIN ALIP

Oleh JUSTIN ALIP
KOMEN: Diwar warkan oleh Pairin Kitingan bahawa adik iparnya (Justin Alip) sebagai pengkhianat.

Tuduhan yang benar-benar tidak realistik dan Pairin menuduh mengikut kata nalurinya yang marah dan egonya yang tinggi. Pairin sendiri sudah beberapa kali menyatakan dari mulutnya sendiri yang dia tidak akan bertanding lagi.

Ini juga yang dilaungkan oleh Pairin semasa pilihanraya ke 13 dulu.

PAIRIN KITINGAN

Pairin sudahpun serahkan kepada Dr Maximus Ongkili jawatan takbir PBS dan diumumkan dalam AGM parti yang lalu dan sudah diumumkan, dilaungkan dalam ucapannya sendiri di kampung kampung.

Masa sudah berubah, nadi dan denyutan keperluan rakyat disedari, maka oleh sebab itu kita tidak boleh berdiam diri, lihat dan tunggu sahaja.

Demi suatu perjuangan ikhlas yang inginkan Rakyat dan Negeri Sabah ini benar benar menikmati erti Merdeka di tanah sendiri, saya tampil untuk meneruskan perjuangan PBS yang belum selesai daripada penubuhan awalnya kewujudan PBS dan hanya Parti Warisan Sabah yang boleh dan dapat melaksanakan semuanya ini.

Sepatutnya Pairin bangga sebab ada orang yang berani tampil meneruskan perjuangan asalnya.

Dalam hal keadilan dan perjuangan yang ikhlas, hal kekeluargaan atau peribadi tidak perlu dikaitkan. Sebab itu, saya tidak mahu melihat anak watan Sabah terus ditindas oleh BN-UMNO.

Meski apapun yang telah diperkatakan oleh Pairin kepada saya, saya maafkan dia. Mungkin Pairin sudah ‘lupa’ siapa dia dan apa perjuangan asal PBS. Dia tetap ipar saya dunia dan akhirat.

Sabah Ubah… SABAH kita Punya, UNDI WARISAN.

• Justin Alip ialah calon Parti Warisan Sabah di DUN N31 Tambunan