PRU14: Shafie Bertembung Sepupu Di Senallang; 4 Penjuru Di Semporna

Shafie Apdal dan isterinya, Shuriyani Shuaib, kiri, berdoa sebelum ke Dewan Penamaan Calon di Semporna Sabtu pagi. Presiden Parti Warisan Sabah menawan Parlimen Semporna, dan untuk pertama kali, bertanding di kawasan DUN, iaitu Senallang yang disang oleh sepupunya, Nasir Sakaran.

SEMPORNA: ‘Seteru’ dua sepupu, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Shafie Apdal dan calon Barisan Nasional Nasir Sakaran sah bertembung satu lawan satu untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri N. 53 Senallang, pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) kali ini.

Pertembungan dua tokoh politik itu dijangka menjadi tumpuan kali ini di daerah Semporna selepas salah seorang calon daripada Parti Harapan Rakyat, Zakaria Md Jakaria ditolak permohonannya kerana masalah teknikal.

NASIR SAKARAN

Terdahulu, pengesahan pengumuman calon yang melibatkan satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN itu pada hari ini (Sabtu) tergendala sehingga jam 1.35 petang tadi atas masalah teknikal sebelum diumumkan oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya P. 189 Semporna Dr Cacho Bulla membuat pengumuman berkenaan.

Sementara itu, selain bertanding di DUN Senallang, Mohd Shafie turut mempertahankan kerusi P. 189 Semporna yang disandangnya sebelum ini dengan menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Beliau akan ditentang oleh calon BN, Ramlee Marahaban yang bertukar kerusi ke Parlimen, Asmara Asmad (Harapan Rakyat) dan Abdul Nasir Abdul Raub (PAS).

Calon Calon di Semporna.
JAUJAN SAMBAKONG

Manakala bagi DUN N.52 Sulabayan turut menyaksikan pertembungan empat penjuru dimana penyandangnya sebelum ini Jaujan Sambakong dari Parti Warisan akan ditentang oleh Harman Mohamad (BN), Utung Tanjong Baru (Harapan Rakyat) dan Abdul Nasir Abdul Raub (PAS).

MANIS BUKA

Sementara itu, untuk di DUN N. 54 Bugaya, pula menampilkan muka baru Razak Sakaran (BN) yang menentang ‘makciknya’ sendiri Manis Muka Mohd Dara (Warisan) dalam pertembungan enam penjuru.

Selain Razak dan Manis Buka, antara calon yang akan bertanding dalam DUN Bugaya adalah Mahamod Sarahil (PAS), Kuli Maralang dari Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Abdul Muksin Mohd Hassan (Bebas) dan Mohd Said Tiblan dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS). – Ruzaini Zulkepli/Astro Awani

P.189 SEMPORNA
1. Ramlee Marahaban (BN)
2. Mohd Shafie Apdal (Warisan)
3. Asmara Asmad (Harapan Rakyat)
4. Abdul Nasir Abdul Raub (PAS)

DUN N.52 Sulabayan
1. Harman Mohamad (BN)
2. Jaujan Sambakong (Warisan)
3. Utung Tanjong Baru (Harapan Rakyat)
4. Abdul Nasir Abdul Raub (PAS)

DUN N.53 Senallang
1. Nasir Sakaran (BN)
2. Mohd Shafie Apdal (Warisan)
* Zakaria Md Jakaria (Parti Harapan Rakyat) ditolak kerana masalah teknikal

DUN N.54 Bugaya
1. Razak Sakaran (BN)
2. Manis Muka Mohd Dara (Warisan)
3. Mahamod Sarahil (PAS)
4. Kuli Maralang (PKS)
5. Abdul Muksin Mohd Hassan (Bebas)
6. Mohd Said Tiblan (PPRS)