PRU14: Presiden Parti Warisan Sabah Risau ‘Hujan Duit’ Di Hari Mengundi

9070

SEMPORNA: Kurang daripada 24 jam pusat pengundian dibuka, Parti Warisan Sabah (WARISAN) yakin peluang untuk menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 esok (Rabu Mei 9, 2018).

Presidennya, Shafie Apdal berkata, beliau menyerahkan kepada tuhan kerana sudah bertungkus lumus siang dan malam.

Ketika ditemuai di rumahnya di Semporna, Shafie berkata: “Saya tak boleh mendahului dengan mengatakan bahawa anggaran jumlah kerusi itu (dimenangi), kita serahkan dengan rakyat dan para pengundi, selepas itu kita serahkan dengan kehendak Allah.

Shafie Apdal berucap di Kampung Bangau Bangau Selasa petang.

“Tapi saya yakin gelombang perubahan diinginkan oleh rakyat Sabah sudah pun sampai ke kemuncaknya esok.”

Bagaimanapun, Shafie menyatakan kebimbangan terhadap dakwaan tindakan pihak tertentu mengagihkan duit kepada pengundi.

“Hamburan duit yang begitu banyak, tidak pernah dalam pengalaman politik saya berpuluh juta duit diturunkan.

Bekas menteri persekutuan, Kasitah Gadam, lima dari kiri, dan bekas Ketua Umum PKR Sabah, Ansari Abdullah, enam dari kiri, di satu ceramah Warisan di Ranau.

“Sebab itu saya sebut dua tahun lalu, akan datang hujan. Hujan memang turun, walaupun tak turun dari awan, tapi duit kertas turun dari awan. Itu kebimbangan saya,” katanya.

Justeru, Shafie mengingatkan pengundi di Sabah bahawa RM500 atau lebih tidak akan jadikan mereka jutawan.

“Tapi jika anda undi WARISAN dan rakan kami PKR dan DAP, kita boleh jatuhkan kerajaan yang tidak beri apa yang rakyat inginkan,” katanya.

Shafie Apdal berucap di Tawau pada Ahad. Lebih 10,000 orang hadir.

Shafie juga menyatakan kebimbangannya terhadap penipuan pilihan raya.

“Tengok undi pos. Kertas dah diedar kepada semua pengundi pos tapi berlegar di merata tempat, di kedai, kedai kopi. Proses ini membimbangkan saya.

“Semua kotak undi pos tak patut letak di pejabat daerah atau pejabat pos, harus diletak di pejabat balai polis,” katanya.

Berucap di Batu Sapi.

Meskipun WARISAN dilihat berjaya mengorak langkah yang besar, terutamanya bagi parti yang ditubuhkan tidak sampai dua tahun dan berjaya menarik ribuan rakyat dalam program kempennya, masih sukar diramal sama ada parti itu mampu membawa perubahan kerajaan di Sabah.

Sebagai presiden WARISAN dan penyandang parlimen Semporna, peluang Shafie untuk mempertahankan kerusinya dan memenangi kerusi DUN Senallang dilihat cerah. – Alyaa Azhar/malaysiakini.com

BERITA PENUH DISINI: –

https://www.malaysiakini.com/news/423695

Berucap di Sipitang.
Ceramah Perdana di Labuan. Lebih 2,000 orang hadir.
Ceramah di Kunak.
Folks in Beluran at a Parti Warisan Sabah campaign in Muanad on Thursday evening.
Shafie Apdal and opposition candidates on board a truck converted into a stage for the Boulevard gathering which saw over 6,000 people in attendance. The crowd even donated a total of over RM90,000 to the opposition in a show of support.