PRU14: Aris Malayu, Ketua Bahagian Warisan Libaran Mati Dilanggar Kereta

ARIS MALAYU

Oleh WARTAWAN BORNEOTODAY
SEMPORNA: Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah di Libaran, Aris Malayu, meninggal dunia akibat dilanggar kereta pagi tadi.

Beliau, 55 tahun, juga wakil calon Parti Warisan Sabah untuk kerusi DUN Sungai Sibuga.

Kejadian berlaku ketika arwah sedang minum di Restoran Moghul, Sandakan.

Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Aris.

Beliau juga menasihatkan penggerak dan penyokong parti supaya terus bekerja dan jangan membuat andaian.

“Polis akan melakukan siasatan dan biarlah mereka menjalankan tugas,” katanya di Semporna selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.