PRU14: 10 Intipati Agenda Awal Daripada Jannie Untuk Kapayan

Jannie, left, lends a helping hand to a bed-ridden patient.

Oleh KEE HELMEY KEE YAHYA
KEPAYAN: Selaras dengan manifestonya yang ingin menyediakan perkhidmatan serta kemudahan khas buat golongan orang kurang upaya, ibu tunggal serta warga emas, calon DAP DUN Kepayan, Jannie Lasimbang, baru-baru ini mengadakan lawatan ke rumah sembilan OKU serta menyerahkan sumbangan berupa hamper di sekitar Taman Kepayan, Taman Koperatif dan Kepayan Rumah Murah.

Menurut Jannie, beliau amat menitik beratkan kebajikan orang kurang upaya, warga tua serta golongan ibu tunggal yang menjadi tunjang kepada manifestonya sekiranya diberi mandat serta kepercayaan pengundi di kawasannya.

Kata Jannie lagi, berdasarkan sambutan serta sokongan yang diberikan oleh masyarakat di sekitar kepayan dalam kempen jelajahnya yang lepas menunjukkan, masyarakat kepayan malah di sabah khususnya, inginkan sesuatu perubahan dalam tampuk pemerintahan kini, dan kepercayaan yang bakal diberikan oleh pengundi, beliau akan menterjemahkannya melalui manifestonya.

Berikut merupakan 10 intipati Agenda Awal daripada calon DAP Kapayan, Jannie Lasimbang untuk DUN N19 Kapayan.

1. Mengekalkan 4 Pusat Khidmat berdasarkan zon daerah mengundi di kawasan pilihan raya Kapayan untuk membantu residen perihal isu-isu dan keperluan mereka.

2. Mewujudkan sebuah pusat pemerkasaan wanita.

3. Sokongan pusat latihan keusahawanan sosial yang sedia ada untuk belia oleh NGO.

4. Mulakan visi “Identiti Kampung Ku” saya dengan menjalankan pemetaan komuniti bagi kampung-kampung di mana sempadan tidak jelas sudah.

5. Mulakan usaha untuk menggubal suatu Undang-undang Kecil Pembangunan Penampang yang memastikan piawaian pembangunan mapan dipatuhi oleh pemaju.

6. Mulakan program “Kapayan Ku Indah” dengan menubuhkan/meningkatkan pergerakan rakyat, khususnya golongan belia, dlm penganjuran gotong-royong, melakukan kitar semula, pengkomposan sisa dll.

7. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma untuk OKU, warga emas dan ibu tunggal untuk pergi ke hospital atau poliklinik. Mengenalpasti dan memanfaatkan pelbagai organisasi masyarakat sivil untuk membantu sektor-sektor ini.

8. Memberi bantuan kepada perniaga kecil dari segi keselamatan, mendapat lesen dan mengakses pinjaman.

9. Gabungkan pengetahuan dan sediakan latihan dan bantuan berkenaan pemansuhan GST dan peningkatan pembangunan ekonomi tempatan.

10. Melobi untuk medapat dana yang lebih besar untuk tempat ibadat seperti tokong, dan pembelajaran Bahasa Cina dan Kadazandusun.