Ini antara langkah untuk mengatasi masalah banjir yang sering berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, projek mitigasi banjir di Penampang membabitkan tiga pakej dan setakat ini dua pakej sudah dilaksanakan.
Beliau berkata, dalam berhadapan musim tengkujuh ini, beliau menyarankan semua pihak bersiap siaga dengan bencana banjir berikutan Monsun Timur Laut akan bermula pada bulan ini.
Hajiji berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama rapat dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di peringkat persekutuan dalam berhadapan dengan musim tengkujuh terutama membabitkan bantuan kepada mangsa banjir.
Katanya, kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dan diharap dengan bantuan-bantuan kewangan daripada kerajaan ini, ia dapat mengurangkan bebanan golongan yang terjejas.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong.