Projek Jalan Pasir Nai, Pala Wong Terbengkalai Lebih 10 Tahun

KAPIT: Pihak kerajaan digesa menyiapkan projek Jalan Pasir Nai, Pala Wong (Pelagus), Batang Rajang Kapit Sarawak yang sudah terbengkalai lebih 10 tahun.

Ini adalah kerana, projek Jalan yang telah diagihkan kos sebanyak RM9 juta itu masih lagi belum siap hingga kini walaupun sedekad sudah berlalu.

Paren Anak Nyawi, Penyelaras DAP Kapit berkata, ironinya, jambatan kayu yang menuju kerumah panjang dibina atas ehsan syarikat persendirian.

Tujuan pembinaan jalan tersebut adalah sebagai alternatif kepada Jeram Pelagus yang berbahaya.

Dengan siapnya jalan ini akan memudahkan urusan pengangkutan ke Pekan Kapit, tambah Paren.