Program Kem Kesihatan Di Kampung Maliyu, Pulau Banggi Kudat

KUDAT: Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kudat dengan kerjasama panel Penasihat Klinik Kesihatan Karakit dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim Kudat telah melaksanakan satu program Kem Kesihatan di Kampung Maliyu, Pulau Banggi, Kudat.

Program ini telah dirasmikan oleh Dr Omar Kwang Kugan, Pegawai Kesihatan Kawasan Kudat.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan diri dan kebersihan persekitaran kediaman penduduk serta langkah-langkah keselamatan penduduk kampung semasa berada di laut.

Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan sepanjang tempoh program Kem Kesihatan berlangsung, diantaranya adalah melakukan aktiviti saringan kesihatan, rawatan kesihatan OPD & MCH (Out Patient Department dan Mother Child Health), pengambilan sampel darah Malaria, ceramah kesihatan dari Klinik Kesihatan Karakit, ceramah kesihatan dari Klinik Kesihatan Kudat dan ceramah keselamatan di laut dari Maritim Malaysia Kudat.

Majlis perasmian Kem Kesihatan ini turut dihadiri oleh pengerusi panel Penasihat Klinik Kesihatan Kudat, Jonny Wong, pengerusi panel Penasihat Klinik Kesihatan Karakit, Amir Hamzah bin Shahirun dan pengarah Maritim Daerah Kudat (DM16), Leftenan Komander Maritim Boon Chin Chau, pegawai-pegawai Kesihatan Daerah, pegawai-pegawai Maritim Malaysia, ketua-ketua masyarakat dan juga komuniti setempat lebih kurang seramai 350 orang penduduk.