PRK Sandakan: Vivian Tinjau Pusat Undi Awal, 72% Mengundi Setakat Ini

809
Vivian meninjau proses undian awal di IPD Sandakan Selasa pagi.

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
SANDAKAN: Sebanyak 72 peratus pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan sehingga pukul 11.30 pagi ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan berkata, pusat mengundi di Rumah Kelab Ibu pejabat Polis Daerah Sandakan akan ditutup pada pukul 12 tengah hari.

“Pusat mengundi di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin Sandakan ditutup pada pukul 2 petang,” kata SPR.

Vivian berbual mesra dengan Pegawai Pengurus PRK Sandakan, Mohd. Hamsan Awang Supain.

Sementara itu, calon DAP, Vivian Wong, 30, sempat meluangkan masa lebih sejam melihat perjalanan proses undian awal di IPD pada pukul 9 pagi ini.

Beliau turut mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dengan kakitangan SPR dan anggota polis.

Sebanyak 270 pengundi awal terdiri daripada anggota keselamatan dijangka menunaikan tanggungjawab mereka mengungi dalam PRK ini.

Kehadiran Vivian memberi semangat kepada petugas SPR yang menjalankan tugas memastikan proses undi awal berjalan lancar.

Terdahulu pagi ini, beliau memulakan kempen walkabout berjumpa dengan rakyat di Taman Pertama dan di kawasan perniagaan berhampiran Sekolah Menengah St. Mary.

Kehadiran Vivian mendapat sambutan mesra para penduduk yang selesa dengan calon muda itu.