PRIBUMI BERSATU Tidak Akan Masuk Sabah, Kata Tun Mahathir

5611
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal ketika hadir pada majlis perjumpaan dan makan tengah hari di sebuah hotel di Kota Kinabalu baru-baru ini. – Foto Malai Rosmah Tuah/bharian.com

CYBERJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan melebarkan sayapnya ke Sabah, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini (Isnin, Dis 17, 2018).

“Tidak, kami tidak akan bentuk apa-apa parti di Sabah. Penduduk Sabah boleh pilih parti mereka,” kata Perdana Menteri ketika ditanya media selepas menghadiri satu majlis dialog dengan pemacu industri berteknologi tinggi di sini, mengenai kemungkinan Bersatu meluaskan sayapnya ke Sabah.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata terdapat permintaan untuk parti itu melebarkan sayap ke Sabah susulan tindakan 14 wakil rakyat dan pemimpin kanan UMNO negeri itu bertindak keluar parti.

Mengenai permohonan Tan Sri Thamby Chik menyertai Bersatu selepas menyerahkan borang keahlian ketika konvesyen parti itu di Melaka semalam, Dr Mahathir berkata parti itu hanya akan menerima bekas Ketua Menteri Melaka itu jika sesuai.

“Kita bukan boleh terima semua orang. Setengah orang kita kena kaji dulu semasa dia ‘independence’ (bebas),” kata Dr Mahathir pemberita ketika ditemui selepas sesi dialog dengan 50 pemacu industri berteknologi tinggi di Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) di sini.

BERITA BERKENAAN: –

Warisan kekal pendirian, tidak benarkan Bersatu lebarkan sayap di Sabah