PPM Gagalkan Cubaan Seludup Minyak

Oleh ILONA ANDREW
KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) menangkap yang melakukan cubaan menyeludup keluar minyak ke negara jiran, di sini malam kelmarin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah,  Asisten Komisioner Mohammad Pajeri Ali berkata, kapal nelayan yang dikendalikan salah seorang suspek berusia 51 tahun itu ditahan pada pukul 8.30 malam oleh Unit Risik Marin (URM) Kudat dalam satu Operasi Landas Khas.

“Lebih kurang 1,600 liter minyak diesel dan 550 liter minyak petrol dijumpai di dalam kapal tersebut sewaktu pemeriksaan yang dijalankan di kawasan jeti angkasa lama.

“Operasi kali ini berjaya menjumpai hasil rampasan yang bernilai lebih kurang RM83,762,” katanya.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen  21 Akta Kawalan Bekalan 1961.