Politik Sabah Dijajah Dasar ‘Pecah Dan Perintah’

7433
JAMAWI JAAFAR – Gambar Ehsan Astro Awani

KOTA KINABALU: Usaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) melebarkan sayapnya ke Sabah disifatkan sebagai usaha meneruskan dasar pecah dan perintah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar (gambar) berkata usaha yang dilakukan oleh Pengerusi (BERSATU) Tun Dr.Mahathir Mohamad bermula sejak tahun 1981 lagi kepada kerajaan negeri Sabah.

” Rakyat Sabah tidak akan lupa kepada sejarah ini pada tahun 1976 menaja parti berjaya melawan Usno,tahun 1984 memainkan peranan menaja Parti Bersatu Sabah melawan Berjaya Tahun 1991 membawa UMNO untuk bertapak di Sabah dan akhirnya pada tahun 1994 memperkenalkan sistem pengiliran Ketua Menteri Sabah, ini jelas membuktikan rakyat Sabah telah di jajah dengan dasar pecah dan perintah ” katanya dalam satu kenyataan di sini bagi mengulas isu kemasukan (BERSATU) ke Sabah.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Sabah kesungguhan Mahathir untuk melebarkan parti (BERSATU) ke negeri ini merupakan gerak kerja politik beliau agar kepimpinan negeri Sabah tidak kukuh yang mana akhirnya beliau dapat mengawal (remote control) bukan sahaja politik malah hasil mahsyul di negeri ini.

” Rakyat Sabah harus mengkaji sejarah ini dimana langkah ini merupakan pendekatan halus yang akan menafikan hak dan keistimewaan rakyat di negeri ini.

Menurut beliau apabila kerajaan negeri bersungguh-sungguh ingin mengembalikan MA63 dan tuntutan royalti minyak Mahathir menggunakan strategi politiknya untuk melemahkan tuntutan tersebut.

” Seharusnya beliau (Mahathir) menghormati keputusan rakyat Sabah yang memberikan mandat kepada parti Warisan Sabah Untuk memerintah Sabah yang turut memberikan sumbangan besar dalam pembentukan kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negara” katanya

Tambah Jamawi Mahathir seharusnya menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat di negeri ini dan terus membantu kerajaan negeri membangunkan negeri ini bukannya memecah belahkan perpaduan rakyat di negeri ini.

” Saya fikir rakyat Sabah telah belajar dari sejarah masa lampau dan tidak akan mengulanginya kerana itu kebanyakan rakyat menolak cadangan (BERSATU) untuk melebarkan sayapnya ke Sabah”