Polis Tembak Mati Lelaki Bertindak Agresif Di Kampung Merabung

Mayat Ronald terbaring disering jalanraya selepas ditembak mati oleh polis Lahad Datu.
Mayat Ronald terbaring disering jalanraya selepas ditembak mati oleh polis Lahad Datu.

LAHAD DATU – Polis menembak mati seorang lelaki selepas bertindak agresif dan cuba mencederakan orang awam, di Kampung Merabung, Tungku dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, Ronald Engliong, 40-an mati ditembak di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kampung mengenai suspek yang bertindak agresif.

“Polis yang tiba di tempat kejadian cuba menenangkan suspek tetapi telah dibaling dengan objek keras sehingga seorang anggota polis cedera di kepala dan terpaksa dibawa ke hospital.

“Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan tembakan dan terkena tubuh suspek,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung insiden itu.