Polis Siasat Kes Pergaduhan Sekumpulan Pelajar Sekolah Di Sandakan

SANDAKAN: Polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan berhubung kes pergaduhan melibatkan sekumpulan pelajar sekolah menengah, di sini petang semalam yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata siasatan awal pihak polis mendapati pergaduhan itu berlaku di Jalan Elopura, Bandar Sandakan, kira-kira 2 petang (24 Mei 2022).

Katanya kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Punca pergaduhan serta usaha mengenalpasti mereka yang terlibat sedang dijalankan oleh pihak polis.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh tampil ke Balai Polis terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Micheal Goh di talian 016-8741216 / 089203223,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menerusi video berdurasi 21 saat yang tular itu, sekumpulan pelajar dilihat bergaduh dipercayai selepas berakhirnya waktu persekolahan sambil cuba dileraikan beberapa orang dewasa.