Polis sedang mengesan pemilik akaun FB bergelar ‘Jhon Lansa’

16707

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA KINABALU: Polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu sedang mengesan lelaki yang mengelar dirinya sebagai ‘Jhon Lansa’ dalam akaun Facebook.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji dalam satu kenyataan meminta Individu berkenaan untuk hadir ke IPD Kota Kinabalu untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atau Sek. 233(1) Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

Orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat berkenaan individu ini diminta untuk menghubungi IPD Kota Kinabalu melalui talian hotline 088-318843, 529222 bagi membantu siasatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Palani Nathan A/L Pathmanathan (016-4122835) atau mana-mana balai polis yang berhampiran.