Polis Sabah Cari Musa Aman Berkaitan Siasatan Kes Ugut TYT

5117
Musa Aman, kiri, di luar Seri Gaya pada malam Mei 9, 2018. Polis sedang cari bekas Ketua Menteri itu.

KOTA KINABALU: Pihak polis telah merakamkan percakapan sembilan orang saksi berkaitan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, minggu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Ramli Din, berkata pihak polis juga sedang dalam usaha untuk merekodkan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Musa Aman berhubung kes itu namun difahamkan Musa tidak berada di Kota Kinabalu ketika ini.

Katanya, laporan siasatan kes berkenaan telah hampir siap namun beberapa perkara lagi perlu dilengkapkan termasuk merekodkan kenyataan Musa.

Apabila siap kelak, laporan berkenaan akan diserahkan kepada Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. – Ruzaini Zulkepli, Astro Awani

BACA BERITA ASAL DI SINI: –

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-sabah-siasat-musa-aman-176346

BERITA BERKAITAN: –

Yang Dipertua Negeri Sabah Buat Laporan Polis Terhadap Musa Aman