Polis Minta Notis Merah Interpol Untuk Bekas Ketua Menteri Sabah

Gambar Fail: Musa Aman diluar Seri Gaya pada malam Mei 9, 2018. Bekas Ketua Menteri itu dipercayai berada di United Kingdom.

KUALA LUMPUR: Polis telah meminta notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menangkap bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dipercayai berada di UK.

Dalam sidang media di Bukit Aman hari ini (Khamis), Ketua Polis Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya telah meminta bantuan Interpol.

“Kita dah minta notis merah kepada Interpol. Segala tindakan penuh kita akan ambil sekiranya dia (Musa) pulang nanti. Tindakan sewajarnya akan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang negara,” katanya.

Selasa lalu, Musa akhirnya mengesahkan keluar dari Malaysia “secara sah” pada 16 Mei, dan menjelaskan beliau ke UK untuk rawatan perubatan dan urusan peribadi.

Musa juga menyatakan kesediaan membantu siasatan polis dan mendakwa telah menjelaskan perkara itu kepada pesuruhjaya polis Sabah.

Berhubung pencarian Datuk Seri Jamal Yunus, Mohamad Fuzi berkata polis sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk cuba mengesan ketua Umno Sungai Besar itu.

BERITA SELANJUT: –

https://www.malaysiakini.com/news/431660

BERITA BERKAITAN: –

Musa Aman Dinasihatkan Menyerah Diri; Dikehendaki Oleh Polis, SPRM

Polis Sabah Cari Musa Aman Berkaitan Siasatan Kes Ugut TYT

Yang Dipertua Negeri Sabah Buat Laporan Polis Terhadap Musa Aman