Polis Labuan Minta Saksi Bantu Siasatan Kemalangan Maut Pagi Rabu

Seorang lelaki meningal dunia apabila kereta pacuan empat roda terbabas dan merempuh sebatang pokok di Jalan Tanjung Batu Rabu pagi. Pemandu Arnold Phoong mati ditempat kejadian.

LABUAN: Polis meminta saksi kejadian di Jalan Tanjung Batu awal pagi Rabu dimana seorang seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian selepas keretanya terbabas, agar tampil membantu siasatan.

ARNOLD PHOONG

Ketua Polis Labuan ACP Adzhar Othman berkata kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipandu Arnold Phoong Wei Kee merempuh sebatang pokok di Jalan Tanjung Batu berhampiran hospital lama Labuan.

Dalam kemalangan pada 6.20 pagi itu, Arnold, 26, from Taman Kian Yap, Jalan Ranca-Ranca, terhumban keluar dari kenderaannya dan meninggal dunia

Mangsa dipercayai sedang memandu menuju ke Kem Membedai dari pusat bandar apabila dia tiba-tiba gagal mengawal kenderaannya, yang terbabas dari jalan raya lalu merempuh sebatang pokok.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Nukleus Labuan untuk bedah siasat.

ACP Adzhar juga menasihati pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu terutamanya jika jalan licin selain tidak memandu melebihi had laju.