Polis Labuan Keluar 30 Saman Dalam Op Samseng Jalanan – Adzhar

4647
ADZHAR OTHMAN

LABUAN: Polis Labuan mengeluarkan 30 saman merangkumi pelbagai kesalahan sepanjang Op Samseng Jalanan yang diadakan di Jalan Tun Mustapha awal pagi tadi(Sabtu).

Ketua Polis Daerah Labuan Superintendent Adzhar Othman berkata sasaran operasi ialah mereka yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah serta pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Operasi berlangsung selama tiga jam melibatkan dua pegawai dan 12 anggota yang memeriksa 100 kenderaan dan motosikal, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sepanjang operasi itu juga polis menjalankan saringan terhadap 145 pengguna jalan raya.