Polis Kesan Saksi Kes Bunuh Di Kinabatangan

KINABATANGAN: Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan sedang mengesan pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Ana Farhana Binti Musa berusia 34 tahun serta suaminya bernama Ismail Bin Santaro berusia 37 tahun bagi perbicaraan satu kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superitendan Dzulbaharin Ismail berkata, pasangan itu perlu hadir bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 11 sehingga 14 April ini.

Beliau berkata, alamat terakhir bagi kedua-dua saksi adalah di Ladang Bukit Mas, Jalan Jeroco, Hup Seng Plantation Sdn.Bhd.

Kedua-dua saksi ini diminta tampil untuk membantu memberikan keterangan bersabit kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berlangsung selama empat hari.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superitendan Razali Basa di talian 089-561890 / 019- 6217357 atau pergi ke balai polis berdekatan.