PN Perlu Tunjukkan Kesungguhan Politik Dalam Isu Pemandu Mabuk

Gambar ilustrasi sahaja.

KOMEN: Kami merujuk kepada insiden pemandu mabuk yang menyebabkan kematian di Kuantan, seperti yang dilaporkan media pada 26 Mei 2020. Ini merupakan tragedi kedua yang berakhir dengan kematian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, selepas kes kematian Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail pada awal bulan ini.

2.  Kerajaan Pakatan Harapan (PH), melalui mantan Menteri Pengangkutan Saudara Anthony Loke Siew Fook telahpun memaklumkan bahawa kerajaan pada ketika itu akan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenakan hukuman keras ke atas pemandu di bawah pengaruh alkohol, di samping pindaan-pindaan lain termasuk menggantung lesen memandu seumur hidup. Malahan, rang undang-undang juga dijadualkan untuk dibentangkan dalam sidang Parlimen tahun ini. Ini menunjukkan PH mempunyai kesungguhan politik untuk menangani isu ini.

3.  Malangnya, kami tidak melihat kesungguhan politik yang sama daripada Kerajaan PN sekarang. Isu pemandu mabuk, yang dahulunya menjadi isu besar pembangkang BN dan PAS, kini seperti tidak lagi menjadi prioriti apabila mereka menjadi Kerajaan. Mereka sekadar menyebarkan soal selidik Kementerian Pengangkutan yang dijalankan secara atas talian, dan mencadangkan supaya suatu Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuhkan, walhal apa yang patut dilakukan adalah meminda undang-undang sedia ada.

4.  Kami dengan ini menggesa supaya kerajaan PN menunjukkan kesungguhan politik mereka dalam isu ini dengan mengadakan sidang Parlimen dengan secepat mungkin supaya RUU pindaan ini dapat dibentangkan dan diluluskan.

27 Mei 2020
Ditandatangani oleh:

Thomas Su Keong Siong
Ahli Parlimen Kampar

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Chan Foong Hin

Alice Lau Kiong Yieng
Ahli Parlimen Lanang

Chan Foong Hin
Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Wong Shu Qi
Ahli Parlimen Kluang

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen
Ahli Parlimen Bandar Kuching

Phoong Jin Zhe
Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dan ADUN Sabah kawasan Luyang

J Arul Kumar
Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Kerajaan Negeri Sembilan dan ADUN Negeri Sembilan kawasan Nilai

Phoong Jin Zhe

Chiong Yoke Kong
ADUN Pahang kawasan Tanah Rata

Edry Faizal
ADN Selangor kawasan Dusun Tua

Satees Muniandy
ADUN Pulau Pinang kawasan Bagan Dalam

Sheikh Umar Bagharib Bin Ali
ADUN Johor kawasan Paloh

Teh Swee Leong
ADUN Kedah kawasan Kota Darul Aman

Lim Yi Wei
ADN Selangor kawasan Kg Tunku

Young Syefura Othman
ADUN Pahang kawasan Ketari

Syahredzan Johan

Daniel Gooi Zi Sen
ADUN Pulau Pinang kawasan Pengkalan Kota

Chris Lee Chun Kit
ADUN Pulau Pinang kawasan Pulau Tikus

Kerk Chee Yee
ADUN Melaka kawasan Ayer Keroh

Muhammad Shakir Ameer
Naib Ketua Pemuda DAP Kebangsaan

Syahredzan Johan
Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri