Pilihan Raya Atau PM Baharu Ditentukan 2 Mac

MAHATHIR MOHAMMAD

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Sidang Dewan Rakyat Khas akan diadakan pada 2 Mac depan untuk menentukan siapa yang selayaknya menjadi Perdana Menteri dan mendapat majoriti cukup.

Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jika tiada kata putus diperoleh, pilihan raya akan diadakan.

“Dan kerana tidak ada majoriti jelas, Seri Paduka berkata forum yang betul adalah di Dewan Rakyat

“Jadi parlimen akan bersidang pada 2 Mac (Isnin depan) untuk menentukan siapa mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri seterusnya.

“Bagaimanapun, jika Dewan Rakyat gagal menamakan pemimpin yang mempunyai majoriti, kita perlu mengadakan pilihan raya,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang hasil pertemuan beliau dengan Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.