‘Pilat’ Ular Sawa Pertama Dipasang Unit Satelit Di Kinabatangan

Pilat being released where she was caught, the satellite tag can be seen at the end of the tail. - Picture: DGFC
Pilat dilepaskan kedalam hutan Santuari Hidupan Liar Kinabatangan selepas dipasang dengan alat satelit minggu lepas. – Gambar ihsan Danau Girang Field Centre

KINABATANGAN: Seekor ular sawa telah dipasang dengan satu unit satelit minggu lepas berdekatan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) dalam Lot 6 di bahagian bawah Santuari Hidupan Liar Kinabatangan (LKWS).

Ia merupakan sebahagian daripada projek kerjasama di antara Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) dan DGFC.

Benoit Gossens
Benoit Gossens

Pengarah DGFC Dr Benoit Goossens berkata Yayasan Pemuliharaan Ocean Park, Hong Kong menyokong dari segi kewangan bagi projek ini.

Beliau berkata pelajar doktor falsafah Richard Burger (berdaftar di Cardiff University dan ditempatkan di DGFC) dan ahli veterinari hidupan liar Malaysia Dr Laura Benedict dari Unit Penyelamat Hidupan Liar mengetuai operasi pemakaian kolar.

Ini merupakan kali pertama ular sawa yang berselirat coraknya dipasang dengan unit satelit,” kata Goossens dalam kenyataan bersama dengan SWD, Ahad.

Pythons often receive scars when tackling large mammalian prey, as can be seen on the top of the head. This inspired the researchers to name her ‘Pilat’, meaning ‘scar’ in the Dusun language. - Photos copyright - Danau Girang Field Centre (DGFC)
‘Pilat’, dalam bahasa Dusun bermakna parut. Ini kerana ular sawa sering mendapat parut dalam hutan.

Beliau berkata maklumat spatial yang dikumpulkan daripada ular sawa ini dan lain-lain pada masa depan akan membolehkan mereka mula memahami bagaimana reptilia ini dapat menggunakan habitat mereka dan memberikan idea mengenai kawasan tempat tinggal mereka.

Reptilia itu ditangkap berdekatan DGFC di Kinabatangan dan Dr Benedict mengetuai operasi pemakaian kolar.

Katanya ular betina ini yang dipanggil Pilat (bermakna parut dalam bahasa masyarakat Dusun), seberat 11.3 kilogram.

“Tag GPS seberat 145 gram dan dilekatkan di bahagian ekor supaya ia tidak mengganggu organ penting reptilia ini atau pergerakannya.

Richard Burger (PhD student at Cardiff University and DGFC), Dr Laura Benedict and Wildlife Rescue Unit ranger carefully checking that the unit is well fixed on the tail of Pilat. - Picture: DGFC
Richard Burger (pelajar PhD dari Universiti Cardiff dan DGFC), Dr Laura Benedict dan Wildlife Rescue Unit ranger memeriksa alat satelit itu dipasang dengan betul. 

“Memandangkan tag ini begitu kecil daripada diameter badan ular, sebarang sela yang dilalui ular sawa ini secara teorinya mencukupi bagi membolehkan unit pada ekornya melepasi halangan dan tidak terperangkap dalam semak,” katanya.

Dr Benedict berkata selepas operasi itu, reptilia itu akan disimpan selama tiga hari untuk dipantau kesihatannya sebelum dilepaskan di kawasan di mana ia ditangkap.

Katanya ia kemudiannya akan dipantau secara lebih dekat dan secara visual menggunakan alat pemancar VHF manakala data GPS akan dipancarkan melalui  satelit.

Sementara itu, penolong pengarah SWD Dr Sen Nathan berkata eksploitasi ke atas ular sawa liar ini memang tinggi terutama di semenanjung Malaysia dan Indonesia, kerana kulitnya merupakan komoditi berharga.

“Perdagangan ini kelihatan pesat berkembang sejak tahun-tahun kebelakangan dengan kuota kulit yang dieksport setiap tahun namun terdapat peningkatan aktiviti perdagangan kulit yang menyalahi undang-undang berlaku dengan jumlah haiwan yang tidak diketahui telah dibunuh atas faktor takut atau bagi mendapatkan daging.

Pilat climbed in a tree after being released. (Picture: DGFC)
‘Pilat’ rilax diatas pokok selepas dibebaskan.

“Kita tidak boleh terus memindahkan ratusan ribu binatang setiap tahun dari habitat semula jadi mereka jika kita tidak tahu apa-apa mengenai ekologi atau saiz populasi; pemantauan berterusan adalah penting bagi mana-mana spesies yang diperlakukan secara demikian.

Adalah penting agar perdagangan ini kekal pada tahap yang terkawal, agar masyarakat dapat terus menikmati manfaat kewangan daripada perdagangan kulit kepada generasi akan datang, tanpa menyebabkan spesies itu terancam melalui gabungan lebihan pengeluaran dan kehilangan habitat,” katanya.

Menurut Dr Nathan, ramai orang yang tinggal di luar bandar raya mungkin biasa dengan spesies ini kerana mereka kerap datang ke kampung, mencari tikus sebagai makanan.

Beliau berkata mereka mungkin sekali sekala mendapatkan ayam liar namun perkhidmatan ekosistem yang disediakan mereka dengan memakan tikus dan serangga lain yang mungkin kelihatan begitu teruk namun tidak dihargai orang ramai.

Katanya perlu diingatkan bahawa ular sawa disenaraikan mengikut Lampiran II  CITES dan Jadual 2 Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997 yang membawa maksud adalah satu kesalahan membunuh ular sawa tanpa kebenaran.