PH Adakan Mesyuarat Tergempar Malam Ini 

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) malam ini mengadakan mesyuarat tergempar di sebuah hotel di sini.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga pengerusi Majlis Penasihat PKR dan presiden PH dilihat tiba pada 8.55 malam untuk menyertai mesyuarat itu.

Turut hadir Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.

Turut kelihatan Pengerusi PH Kelantan Datuk Husam Musa dan Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.