Petronas Mampu Bayar Dividen Khas RM30B Kepada Kerajaan

670
WAN ZULKIFLEE

KUALA LUMPUR: Petronas yakin mampu membayar dividen RM54 bilion kepada kerajaan termasuk dividen khas RM30 billion.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petronas Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata sebab syarikat minyak negara bersetuju dengan bayaran itu kerana mereka mampu melakukannya.

“Kita ada simpanan tunai yang agak besar, hasil daripada pengurusan yang cermat selama ini.

“Ini membenarkan Petronas untuk mengisytiharkan dividen khas RM30 billion kepada pemegang saham, seperti yang diumumkan tahun lalu.

“Kami akan mengagihkannya secara berperingkat sepanjang 2019,” katanya dalam ucapan ketika mengumumkan prestasi kewangan Petronas di KLCC hari ini (Jumaat 8 Mac 2019).

Dividen khas RM30 billion itu merupakan sebahagian daripada RM54 bilion yang diminta Pakatan Harapan (PH) untuk membantunya melunaskan pembayaran semula GST.

Wan Zulkiflee berkata pembayaran telah bermula Januari lalu dan Petronas yakin mampu memenuhi komitmen itu, selain pembayaran dividen biasa berjumlah RM24 bilion.

“Dividen berjumlah RM24 billion. RM30 bill*ion adalah dividen khas dan RM24 billion dividen biasa kita.

“Ya kami yakin…Kerana sebelum kami menyatakan komitmen dan isytiharkan angka ini, kami yakin untuk membuat pembayaran,” katanya lagi.

BACA LAGI DISINI: –

https://www.malaysiakini.com/news/467120