Pesta Kalimaran & Kaamatan Dibatalkan – Peter Anthony

KOTA KINABALU: Pesta Kalimaran dan Pesta Kaamatan tahun ini dibatalkan bagi mengelakkan penularan jangkitan wabak Covid-19 di negeri ini.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony mengesahkan pembatalan kedua-dua acara besar itu ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurutnya, pembatalan kedua-dua pesta itu dilakukan atas arahan daripada Ketua Menteri.

Tambahnya, keputusan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga ekoran daripada penularan dan peningkatan peratusan kes Covid-19 di seluruh negara.

Dengan itu, beliau menasihatkan rakyat Sabah supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan daripada pihak kesihatan.

Pesta Kalimaran diadakan di Pusat Kebudayaan Tenom pada setiap 31 Mac manakala, Pesta Kaamatan diadakan di Pusat Kebudayaan Kadazan Dusun pada 30 & 31 Mei setiap tahun.