Perutusan YB Datuk Wong Sze Phin Pembantu Menteri Di JKM Sabah

243

Salam sejahtera kepada saudara-saudari yang beragama Islam.

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang menggembirakan bukan sahaja bagi umat Islam tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia.

Kita rakyat Sabah, tanpa mengira kepercayaan agama menyambut perayaan ini bersama-sama dengan cara yang unik dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Ini adalah menjadi lumrah tradisi di negara kita bahawa pada Hari Raya, kita saling bertukar salam dengan rakan-rakan Islam, rakan sejawat dan kaum keluarga serta turut mengunjungi dan merayakan rumah terbuka.

Sambutan perayaan ini mempunyai nilai erti lain yang mencerminkan perpaduan, keharmonian dan toleransi agama yang wujud dalam masyarakat Malaysia yang berbilang budaya, ciri-ciri inilah yang merupakan kebanggaan negara kita.

Keamanan, keharmonian, toleransi agama dan kestabilan politik yang kita nikmati dan amalkan di Malaysia amnya dan Sabah khasnya adalah baik dan harus dikekalkan.

Kita mestilah sentiasa berwaspada terhadap unsur-unsur yang tidak bertangungjawab yang mengancam keamanan, keharmonian, toleransi agama dan kestabilan politik.

Kerajaan Sabah yang dipimpin oleh Warisan-Pakatan berjanji akan mempertahankan dan mengekalkan keunikan Sabah dan nilai erti semangat permuafakatan ini secara berterusan.

Dengan itu, marilah kita sama-sama menyambut dan meraikan Hari Raya Aidil Fitri dengan perasaan yang riang untuk menuju ke tahun hadapan dan mengetepikan kepentingan diri dan perbezaan politik demi kebaikan bersama negeri, negara dan masyarakat Sabah.

Saya percaya semangat persahabatan, bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain dan diperkukuhkan lagi dengan semangat Hari Raya Aidilfitri, akan membantu untuk bertahan dan menangani segala cabaran yang kita hadapi.

Dengan kata-kata ini, saya mengucapkan kepada semua Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.