Perutusan YAB Ketua Menteri Sabah Sempena Pesta Kaamatan

4807

Selamat sejahtera.

Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana atas penghormatan untuk saya merakamkan sepatah dua kata dalam buku aturcara Penutupan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018.

Syabas dan tahniah atas usaha, komitmen dan kerjasama yang padu dalam menjayakan sambutan selama sebulan ini.

Kita Maklum bahawa hari ini merupakan kemuncak perayaan Pesta Kaamatan yang mula diraikan pada 1hb Mei lepas di Daerah Keningau. Kita sangat bertuah kerana dikurniakan dengan warisan budaya dan seni tradisi yang kaya dan unik.

Sehubungan itu, saya percaya, setelah sebulan pesta ini berlangsung, ia telah berupaya memperkukuh dan memantapkan lagi semangat perpaduan, persaudaraan, persahabatan dan kekitaan dalam kalangan rakyat pelbagai suku, kaum dan budaya di negeri ini, sesuai dengan tema sambutan tahun ini iaitu “Kaamatan Asas Perpaduan”.

Akhir kata, syabas dan tahniah kepada Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018 atas kejayaan penganjuran pesta ini.

Semoga perpaduan dan muafakat sesama kita akan terus berkekalan demi masa depan yang lebih cemerlang untuk kita dan generasi akan datang.

”Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan”

MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL