Peruntukan Tambahan Untuk Bantuan Bakul Makanan Disedia – Masidi

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju menyediakan peruntukan tambahan bagi menyediakan bakul makanan berdasarkan senarai yang dipersetujui di setiap daerah.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun semasa sidang media perkembangan semasa Covid-19 di Sabah.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 317,070 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan turut membenarkan operasi kilang tepung selama 24jam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 13 hingga 26 Jan ini.

Bagaimanapun, pengurusan harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan membenarkan hanya 50 peratus pekerja bagi setiap penggiliran.