Pertukaran Hak Milik Kenderaan Labuan Dikecuali Cukai

1074

PUTRAJAYA: Kenderaan yang berdaar di Pulau Bebas Cukai (PBC) Labuan dan Langkawi dikecualikan daripada cukai ke atas pertukaran hak milik, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T Subromaniam.

Beliau dalam kenyataan berkata kenderaan tersebut perlu memenuhi syarat di bawah Buran 14, Perintah Du Kastam (Pengecualian) 2017 untuk kenderaan di Langkawi dan Labuan yang menetapkan kenderaan perlu didaarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan.

SUBROMANIAM THOLASY

“Kenderaan juga perlu dikembalikan ke PBC dalam tempoh dak melebihi 90 hari untuk tempoh satu tahun kalendar dari tarikh ianya dibawa keluar dari pulau tersebut,” katanya.

Subromaniam berkata semua kenderaan yang diimport dan pemasangan tempatan yang didaftarkan di Langkawi dan Labuan adalah bebas dari du atau cukai selagi ianya digunakan di PBC.

Katanya Seksyen 163(E) Akta Kastam 1967 memperuntukkan barang-barang berdu hendaklah disifatkan sebagai dak berdu semasa berada di Langkawi dan Labuan.

Seksyen 163(B)(1)(c) pula menyatakan du import hendaklah dibayar ke atas semua barang-barang berdu yang diangkut ke Semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak dari Langkawi atau Labuan seolah-olah pengimportan ke Malaysia.