Pertubuhan Agama Di Sabah Cipta Sejarah : Berita BTtv – 14 September 2019

Bersama Hikma Juni
  • Semua pertubuhan agama di Sabah mencipta sejarah apabila mereka bersatu hati dan berkumpul dalam festival perpaduan dalam kepelbagaian yang dianjurkan sempena sambutan hari Malaysia 2019 di padang merdeka Kota Kinabalu, malam ini. Program anjuran pertubuhan inisiatif pemerkasaan komuniti Sabah dengan kerjasama 30 rakan komuniti termasuk pertubuhan agama Islam, Buddha, Taoist, Hindu, Kristian dan Sai Baba.
  • Tawau dan Sandakan mencatat bacaan indeks pencemaran udara, IPU melebihi 100 hari ini, atau tidak sihat akibat jerebu dipercayai berpunca pembakaran terbuka di Kalimantan.
  • Bekas ketua menteri, Tan Sri Bernard Dompok memuji peranan dimainkan Datuk Seri Mohd Shafie dalam memastikan tiada isu perkauman dan agama di negeri ini. Katanya, ketua menteri mempunyai ciri kepemimpinan seperti bekas ketua menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang disayangi rakyat kerana menolak budaya perkauman dalam pentadbirannya.
  • Pakar perlembagaan, Prof Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi berkata reformasi dewan negara perlu dilakukan dengan menambah jumlah senator dari Sabah dan Sarawak kepada sekurang kurangnya 1/3 daripada jumlah keseluruhan yang ada. Kedua dua negeri layak mendapat hak itu kerana keistimewaan yang dimiliki semasa membuat keputusan membentuk Malaysia bersama Malaya dan Singapura.
  • Pihak berkuasa tempatan PBT Hijau Nabawan akan direalisasikan. 
  • Kerajaan sentiasa menyokong dan memberikan galakan kepada golongan muda dalam meningkatkan ilmu pengetahuan yang berkaitan kreativiti dan inovasi – menteri belia dan sukan, Phoong Jin Zhe.
  • Sebuah pelantar terapung atau pontoon di Borneo Reef World, Batu Sapi, runtuh akibat cuaca buruk di Kota Kinabalu malam tadi.