Pertandingan Kelayakan SAGA Berjalan Lancar

64
Phoong (dua kiri) semasa semasa menyaksikan perlawanan terakhir kelayakan bola sepak lelaki Zon Pantai Barat Selatan.

KOTA KINABALU: Pertandingan-pertandingan untuk Kelayakan Sukan Sabah (SAGA) 2019 di enam zon seluruh negeri telah berlangsung dengan lancar bermula 13 hingga 18 Ogos lalu.

Menteri Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Phoong Jin Zhe merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam memastikan pertandingan-pertandingan melibatkan lima jenis sukan itu berlangsung dengan jayanya.

“Pertandingan untuk semua pusingan kelayakan melibatkan sukan bola jaring, sepak takraw, bola sepak, bola tampar dan hoki berjaya diselesaikan mengikut jadual.

“Terima kasih untuk semua khususnya para pegawai dan atlet daerah-daerah yang terlibat, para pengadil, para pegawai teknikal sukan serta para pegawai KBSS dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah yang telah bertungkus-lumus,” katanya semasa menyaksikan perlawanan terakhir kelayakan bola sepak lelaki Zon Pantai Barat Selatan antara pasukan Kota Kinabalu melawan Penampang di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas, baru-baru ini.

Pertandingan-pertandingan pusingan kelayakan yang berlangsung di zon Pantai Barat Selatan(PB/S), Pantai Barat Utara (PB/U), Sandakan (SDK), Tawau (TWU), Pedalaman Atas (PA) dan Pedalaman Bawah (PB), melibatkan 27 pasukan daerah.

Lapan pasukan terbaik dipilih dengan dua pasukan dari PB/Selatan dan tuan rumah Pedalaman Atas, sambil satu pasukan mewakili PB/Utara, Sandakan, Tawau dan Pedalaman Bawah untuk bersaing di kejohanan sebenar SAGA Keningau 2019 yang akan berlangsung di Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan bermula 7 hingga 13 Disember.

Pasukan-pasukan yang layak mengikut jenis sukan seperti berikut:

Bola Jaring: Kota Kinabalu dan Penampang (PB/S), Kota Belud (PB/U), Tongod (SDK), Lahad Datu (TWU), Tenom dan Keningau (PA), Sipitang (PB).

Sepak Takraw Berpasukan Lelaki: Papar dan Kota Kinabalu (PB/S), Kudat (PB/U), Beluran (SDK), Tawau (TWU), Keningau dan Tenom (PA), Sipitang (PB).

Sepak Takraw Berpasukan Wanita: Tiada Penyertaan (PB/S), Kudat (PB/U), Tongod (SDK), Tawau (TWU), Keningau dan Nabawan (PA), Sipitang (PB).

Sepak Takraw Regu Lelaki: Kota Kinabalu dan Papar (PB/S), Kota Belud (PB/U), Beluran (SDK), Semporna (TWU), Keningau dan Tenom (PA), Sipitang (PB).

Sepak Takraw Regu Wanita: Papar (PB/S), Kudat (PB/U), Beluran (SDK), Tawau (TWU), Keningau dan Nabawan (PA), Sipitang (PB).

Sepak Takraw Double Lelaki: Ranau dan Papar (PB/S), Kota Belud (PB/U), Beluran (SDK), Tawau (TWU), Keningau dan Nabawan (PA), Kuala Penyu (PB).

Sepak Takraw Double Wanita: Papar (PB/S), Kota Marudu (PB/U), Tongod (SDK), Tawau (TWU), Keningau dan Nabawan (PA), Sipitang (PB).

Bola Sepak Lelaki: Kota Kinabalu dan Ranau (PB/S), Kota Belud (PB/U), Sandakan (SDK), Tawau (TWU), Keningau dan Tenom (PA), Sipitang (PB).

Bola Sepak Wanita: Kota Kinabalu dan Tuaran (PB/S), Kota Marudu (PB/U), Sandakan (SDK), Tawau (TWU), Tambunan dan Tenom (PA), Tiada Penyertaan (PB).

Bola Tampar Lelaki: Ranau dan Papar (PB/S), Kudat (PB/U), Kinabatangan (SDK), Semporna (TWU), Keningau dan Tambunan (PA), Sipitang (PB).

Bola Tampar Wanita: Ranau dan Papar (PB/S), Kota Belud (PB/U), Sandakan (SDK), Kalabakan (TWU), Keningau dan Tenom (PA), Sipitang (PB).

Hoki Lelaki: Kota Kinabalu dan Papar (PB/S), Kota Belud (PB/U), Sandakan (SDK), Lahad Datu (TWU), Keningau dan Tenom (PA), Tiada Penyertaan (PB).

Hoki Wanita: Kota Kinabalu dan Tuaran (PB/S), Kudat (PB/U), Telupid (SDK), Tawau (TWU), Keningau dan Tenom (PA), Beaufort (PB).